Fatwa Tawaf Ifadzah Selepas Wukuf Di Arafah
Tawaf Ifadzah dan larangan-larangannya iaitu larangan-larangan ke atas mereka yang tidak mengerjakan tawaf ifadzah selepas wukuf di Arafah.
'Seseorang yang mengerjakan haji yang tidak mengerjakan tawaf Ifadzah selepas wukuf di Arafah bermakna belum lagi memperolehi tahallul thani dan bagi golongan itu diharamkan ke atas mereka kepada perkara-perkara berikut:
i. Berkahwin.
ii. Mengahwinkan orang lain.
iii. Meminang.
iv. Bersetubuh dan mukaddimahnya.
v. Menjadi wali nikah.
vi. Mewakil wali.