JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz

Kategori: Munakahat
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Maksud Nusyuz


Yang dimaksudkan dengan nusyuz ialah penderhakaan isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang diharuskan syara' dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki kerumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya.


Hukum Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz


Isteri yang telah disabitkan oleh Mahkamah Qadi Nusyuznya, maka menurut Ijma" Ulama" bahawa nafkah kepadanya gugur kerana nafkah diwajibkan kepada isteri disebabkan ianya terkurung dalam rumah tangga. Isteri yang nusyuz ialah isteri isteri yang membebaskan dirinya dari kurungan suami dengan tidak mentaatinya, tanpa alasan yang diharuskan syara' maka gugurlah nafkah ke atasnya. Adapun isteri yang belum disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Qadi, walaupun ada angapan nusyuz, maka nafkah ke atasnya masih wajib.

Klik disini untuk mencetak