Kaedah Mengeluarkan Zakat Biji-Bijian
Zakat biji-bijian (padi) eloklah dikeluarkan dalam bentuk biji-bijian (padi) itu juga, bukan dengan harganya berpandukan kepada amalan yang telah dibuat di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Akan tetapi sekiranya melakukan yang demikian akan menimbulkan "masyaqqah" (kesusahan) kepada pengeluar dan penerimanya, ditambah pula kemudratan yang mungkin berlaku seperti basahnya padi yang tidak dapat dikeringkan sekiranya dikumpulkan atau kerana terpaksa membayar habuan amil jika dibandingkan dengan pembayaran terus kepada Pejabat zakat tanpa melalui amil, maka bolehlah dibayar zakat itu dengan harganya mengikut akad zakat biji-bijian dan bukannya wang zakat.