JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bagaimanakah Pengagihan zakat di negeri Perlis?

Kategori: Ibadah
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Pengagihan zakat dan fitrah negeri Perlis hendaklah dibuat berpandukan prinsip-prinsip berikut:


i. Zakat dan fitrah di negeri Perlis hendaklah disatukan.


ii. Pengagihan zakat hendaklah diberikan kepada lapan asnaf secara purata 1/8 x 8.


iii. Bahagian fakir miskin hendaklah diberikan sepenuhnya kepada asnaf tersebut dan tidak boleh diambil untuk menampung asnaf yang lain sekiranya berlaku kekurangan kepada asnaf itu.


iv. Sekiranya berlaku lebihan daripada pembahagian zakat itu kepada mana bahagian kerana tidak ada penerimanya amat sedikit dan tidak munasabah diberikan semuanya kepada bahagian tersebut, maka bolehlah bahagian tersebut dipindahkan kepada bahagian lain yang lebih perlu terutamanya bahagian zakat itu adalah diutamakan kepada fakir miskin.


v. Hasil zakat bijian (padi) hendaklah diagihkan mengikut bilangan kali memungut (menuai)


vi. Mesyuarat bersetuju, perbelanjaan yang dibuat oleh Pejabat Zakat dan Fitrah Negeri Perlis adalah mengikut Syariah Islamiah seperti berikut:


a. Amilin


1. Gaji dan elaun.

2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

3. Caruman pencen.

4. Elaun khidmat awam.

5. Elaun basikal.

6. Bahagian amil.

7. Penyelenggaraan bangunan dan harta zakat.

8. Penyelenggaraan kenderaan.

9. Cetak mencetak (urusan zakat).

10. Pengangkutan padi zakat.

11. Pengangkutan dan perjalanan.

12. Penyewa jelapang.

13. Pelbagai.

14. Bayaran Audit.

15. Mesyuarat.

16. Pendahuluan amil.

17. Perbelanjaan khas seperti:

  • -Mengubah suai pejabat zakat
  • -Melengkapkan bilik mesyuarat
  • -Perkakasan pejabat.
  • -Pembelian komputer.



b. Fakir dan Miskin (Al-Fuqara" wal Masakin)


c. Muallaf.


d. Ar-riqab (hamba).

  • -Basmi kejahilan.
  • -Sekolah agama rakyat.


e. Al-Gharimin

  • -Muflis.
  • -Jaminan atas hutang syarak.


f. Fi sabilillah

  • i. Pengurusan Masjid.

-a. Gaji dan elaun.

-b. KWSP.

-c. Caruman wang pencen.

-d. Elaun khidmat awam.

-e. Pelbagai.


  • ii. Perbelanjaan khas
  • -a. Pagar Masjid.
  • -b. Saguhati guru agama kampung.
  • -c. Saguhati pegawai masjid.
  • -d. Penyelenggaraan masjid, surau dan tanah perkuburan.
  • -e. Bantuan penuntut dalam/luar negeri.
  • -f. Bantuan kelas membaca al-Quran.
  • -g. Saguhati penjaga kawasan masjid.
  • -h. Kursus dan seminar.
  • -i. Saguhati penerangan agama.
  • -j. Bantuan sekolah agama rakyat.
  • -k. Peruntukan Yang Di Pertua.
  • -l. Ibnu Sabil.
Klik disini untuk mencetak