Fatwa Mengenai Muzik Dan Nyanyian
'Hukum nyanyian menurut Islam pada dasarnya adalah harus jika sekiranya tidak diiringi oleh alat-alat muzik yang diharamkan disamping ianya mengandungi senikata yang baik yang boleh membawa kebaikan kepada individu muslim dan masyarakat. Adapun nyanyian dalam bentuk sekarang ini yang mengandungi iringan alat-alat muzik yang diharamkan oleh syara' dengan senikata yang kadang-kadang bercanggah dengan syara' dinyanyikan pula oleh penyanyi profesional yang mendedahkan aurat dengan pakaian yang sumbang serta persembahannya yang bercampur lelaki dan perempuan disamping senikata yang memberahikan sehingga membawa kepada kelalaian, maka yang demikian itu adalah haram".