Fatwa Negeri Perlis Mengenai Zakat Gaji
Berhubung dengan zakat gaji, Jawatankuasa membuat keputusan dan formula seperti berikut:
1. Zakat gaji berdasarkan emas dan perak ditolak:-
a. Diri RM 5,000.00
b. Isteri RM 3,000.00
c. Anak (5 orang) RM 7,200.00
d. Pemberian kepada ibu bapa (jika diberi)
e. Perubatan (perbelanjaan diri dan keluarga - sebenar)
f. Hutang dharuriyyat (perbelanjaan sebenar)
i. Kenderaan
ii. Kediaman
PERHATIAN:
i. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan tambahan seperti elaun perbatuan, bulanan, bonus, hadiah, saguhati dan sebagainya hendaklah ditolak perbelanjaan sebenar dan bakinya termasuk di dalam pendapatan sebenar yang mesti dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40.
ii. Perkiraan zakat hendaklah berdasarkan bulan Qamariah.
2. Zakat gaji berdasarkan pertanian:
Formulanya adalah seperti berikut:
a. Pendapatan sebenar ditolak pendapatan bulanan.
b. Baki sekiranya mencukupi nisab, kadar zakatnya
ialah 5%.
c. Zakat ini wajib dikeluarkan setiap kali menerima
gaji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. Surah
An-An"am ayat 141:
Maksudnya: Keluarkanlah olehmu haknya (zakat
tanaman) pada hari menuai (ketika mendapat hasil)