JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Wang Faedah Kematian Mengikut Hukum Syarak

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis tidak sepakat dalam menentukan hukum berkaitan wang faedah kematian tersebut.

  1. Majoriri Ahli Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa wang faedah kematian TNB itu adalah dikira harta pusaka dan dibahagikan mengikut hukum faraid. Ditambah dengan hujah berdasarkan kepada surat TNB, wang pemberian itu satu kemestian 'Right' (hak mutlak) bukannya 'Privilege' (hak istimewa sementara) iaitu ia menjadi hak, dengan sendirinya menjadi harta pusaka.
  2. Seorang Ahli Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa wang faedah kematian TNB itu bukan dikira sebagai harta pusaka tetapi dibahagikan mengikut budi bicara. Diantara hujah-hujahnya ialah :
  3. Wang pemberian TNB tersebut merupakan satu hebahan mengikut budi bicara TNB berdasarkan kepada kadar jumlah yang tertinggi. Dengan itu, wang yang berkenaan bukanlah menjadi hak milik sempurna Si Mati kerana pemberian tersebut berlaku selepas kematian.
  4. Pihak waris Si Mati tidak mempunyai hak menuntut sekiranya TNB tidak setuju memberi. Namun, jika diberi sekalipun tidak menjadi hak milik Si Mati. Dengan itu, tidak menjadi pusaka.
Klik disini untuk mencetak