Fidyah Sembahyang Dan Puasa.
Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha'.
Adapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:
'Barangsiapa keberatan ke atas dirinya berpuasa maka hendaklah ia memberi fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap sehari yang ditinggalkannya)'.