Fatwa Mengenai Hukum Keluar Qariah Untuk Mendirikan Solat Jumaat
Harus bagi mana-mana orang Islam yang Mukallaf untuk menunaikan sembahyang dimana-mana masjid yang selesa baginya kerana tiada sebarang alasan syarak yang menegah seseorang Islam itu dari menunaikan sembahyang fardhu Jumaat dimana-mana masjid di dalam dunia ini.