JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Nilai Emas Yang Boleh Dihukum Pakaian

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1988
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah mengambil keputusan seperti berikut:


Perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab.


Dalil dan Hujah:


Dalam masalah ini ulama" telah berbeza pendapat mereka seperti berikut:


Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Ibnu Hazm bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab berdasarkan dalil-dalil dan rujukan berikut:


i)

Maksudnya:


Daripada Amru bin Shuib daripada bapanya daripada datuknya bahawa seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw dan bersamanya anaknya dan di tangan anak perempuannya dua gelang yang besar yang dibuat daripada emas, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya:

'Adakah kamu beri zakat barang ini? Kata perempuan itu: Tidak. Sabda Rasulullah saw: Adakah kamu suka bahawa Allah memakaikan kamu pada hari kiamat dengan dua gelang daripada api neraka?' Berkata rawi, maka perempuan itu menanggalkan kedua-dua utas gelang dan diberi kepada Rasulullah saw. Maka perempuan itu berkata: Kedua-dua ini bagi Allah dan rasulNya. (Riwayat Tarmizi)


ii)

Maksudnya: Daripada Asma binti Yazid, katanya: 'Aku bersama ibu saudaraku masuk menemui Rasulullah saw, dan kami memakai beberapa utas gelang daripada emas, maka baginda bersabda kepada kami: Adakah kamu berdua menunaikan zakatnya? Kami menjawab: tidak, baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu berdua takut sekiranya Allah memakaikan kamu dengan gelang daripada api neraka? Tunaikankah kamu berdua akan zakatnya. (Riwayat Ahmad)


Mengikut pendapat Jumhur (Shafie, Ahmad dan Malik) bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya tidak dikenakan zakat samada cukup nisab atau tidak berdasarkan kepada nas dan dalil berikut:


i)

Maksudnya: Daripada "Afiah bin Aiyub daripada al-Laith bin Saad bin Zubair daripada Jabir r.a daripada nabi saw bersabda: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan (Riwayat Baihaqi).


Hadis ini marfu". Kata pengarang: Hadis ini tidak ada asal baginya kerana "Afiah bin Aiyub tidak dikenali.


ii)

Maksudnya: Daripada Abi Hamzah daripada Sya"bun daripada Jabir bin Abdullah berkata: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan.


iii)

Setelah Jawatankuasa meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta mengkaji nas-nas dan dalil-dalil, maka Jawatankuasa Syariah membuat keputusan bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukup nisab.


Sebab-sebab ditarjihkan pandangan yang mewajibkan zakat ialah:

  1. Kerana banyak nas-nas yang diriwayatkan daripada enam orang sahabat kesemuanya mewajibkan.
  2. Kekuatan sanad yang diriwayatkan.
  3. Banyak mereka yang berpendapat bahawa zakat halli diwajibkan zakat
  4. Bersesuaian dengan kedah umum.

 

Klik disini untuk mencetak