JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Penggunaan Wang Zakat Berlebihan

Kategori: Zakat
Tahun: 1988
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:


i) Sekiranya peruntukan untuk sesuatu asnaf telah diagihkan dengan sebaik mungkin tetapi masih berbaki, maka baki tersebut hendaklah dibawa ke hadapan.


ii) Menaikan kadar pemberian kepada asnaf khususnya asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.


iii) Meluaskan konsep asnaf fisabilillah dengan meningkatkan kadar bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, guru al-Quran dan sebagainya.


iv) Peruntukan untuk asnaf fakir dan miskin perlu diagihkan dan diurus dengan lebih berkesan dan sistematik serta mendatangkan faedah jangka panjang kepada mereka untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti mendirikan kilang perusahaan yang membabitkan fakir dan miskin, dan memberi pulangan kepada mereka untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada program tersebut.

Klik disini untuk mencetak