JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penetapan Hari Raya Haji

Kategori: Ibadah
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:
  1. Majoriti Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bersetuju menerima kertas kerja yang ditulis oleh Dato" Alim Setia Ahmad Bin Jusoh iaitu penetapan Hari Raya Haji mestilah mengikut Wukuf di Arafah, antara lain yang menjadi hujjah kepada pendapat ini ialah :
  2. Malaysia bukan sebuah negara yang sesuai untuk dirukyah anak bulan. Ini berdasarkan kepada kejayaan akademik yang telah dilakukan selama tiga tahun oleh Profesior Dato" Doktor Hj. Haron Bin Din di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tempoh itu hanya sekali sahaja anak bulan dapat dikesan.
  3. Hari Raya Haji merupakan hari raya khusus yang bertanggungjawab menentukan ialah kerajaan Arab Saudi bukan kita.
  4. Tiada Hujjah yang mengatakan Hari Raya Haji jatuh pada 10 Zulhijjah, tetapi sebenarnya selepas wukuf iaitu hari nahar.
  5. Seorang Ahli Jawatankuasa Syariah tidak setuju dengan pendapat majority dan berpegang dengan Fatwa Kebangsaan.
Klik disini untuk mencetak