Perempuan Yang Mengandung Di Luar Nikah Adalah Sah Nikahnya Atau Tidak.
Keputusan Jawatankuasa Syariah mengharuskan nikah perempuan yang sedang hamil di luar nikah (zina) dengan lelaki yang bersabit dan harus pula diwatiknya itu dibahas dengan panjang lebarnya dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Kesudahannya, didapati 6 ahli tidak menerima keputusan Jawatankuasa Syariah itu dan 5 ahli bersetuju menerimanya dan 3 ahli mengecualikan diri dari memberi apa-apa keputusan. Dengan demikian, majlis memutuskan pendapat majlis dan keputusan Jawatankuasa Syariah itu dipersembahkan ke bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Raja untuk memutuskannya