JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Adakah wang zakat itu boleh dimasukkan ke dalam pelaburan?

Kategori: Zakat
Tahun: 1970
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Wang zakat mengikut syariat islam wajib dibahagikan kepada asnaf yang lapan untuk dimiliki oleh mereka secara bebas tanpa ditinggalkan sebarang baki. Pembahagian harta-harta zakat itu hendaklah mengikut keutamaan yang disebut satu persatu oleh ayat al-Quran. Dengan membanyakkan peratus pembahagian yang disebut dahulu oleh al-Quran dan dikurangkan pembahagian sehingga yang terakhir.


Harta zakat berdasarkan ayat al-Quran adalah hak yang dimiliki kepada selain yang disebutkan tadi. Perkara ini dikuatkan dengan sepotong Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Zakat diambil s.a.w. sentiasa membahagikan harta-harta zakat yang dikumpulkan kepadanya kepada asnaf-asnaf yang lapan tanpa meninggalkan sebarang baki.


Mengenai pelaburan yang telah dibuat, maka Jawatankuasa berpendapat ianya dimaafkan dan tidak berulang berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:


'Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu'

Klik disini untuk mencetak