Hukum Selawat Syifa
Pada 29 Januari 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa", Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya