Hukum Menyembunyikan Ahli Waris Untuk Mendapat Harta Pusaka
'Syariat Islam telah menentukan pembahgian harta pusaka mengikut kadar-kadar yang tertentu bagi setiap ahli waris. Hanya ahli waris yang layak sahaja (tidak terdinding) yang berhak mendapat harta pusaka peninggalan si mati.
Sekiranya terdapat ahli waris yang cuba menyembunyikan ahli waris yang lain dengan tujuan agar mereka mendapat bahgian lebih baik atau agar mereka tidak terdinding, maka ia telah dikira menghalang seseorang untuk mendapat haknya yang ditentukan oleh syara'.