JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menyembunyikan Ahli Waris Untuk Mendapat Harta Pusaka

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Syariat Islam telah menentukan pembahagian harta pusaka mengikut kadar-kadar yang tertentu bagi setiap ahli waris. Hanya ahli waris yang lain sahaja (tidak terdinding) yang berhak mendapat harta pasal peninggalan si mati.


Sekiranya terdapat ahli-ahli waras yang cuba menyembunyikan ahli waras yang lain dengan tujuan agar mereka mendapat bahagian lebih baik atau agar mereka tidak terdinding, maka ia telah dikira menghalang seseorang untuk mendapat haknya yang ditentukan oleh syarak.


Perkara ini adalah jelas haram sebagaimana nas syarak seperti berikut:


Yang bermaksud:


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batal.


Firman Allah: Surah Insya" ayat 58:


Yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).


Ayat ini mewajibkan supaya dikembalikan kepada orang yang berhak menerimanya. Oleh itu menyembunyikan waris adalah menghalang amanah untuk disampaikan kepada yang berhak dan perkara itu telah melanggar perintah ayat ini.


Sabda Rasulullah saw.


Yang bermaksud:


Setiap muslim ke atas muslim adalah haram. Maruah, hartanya dan darahnya. Menyembunyikan waris menyebabkan waris tersebut tidak mendapat hak ke atas hartanya maka ia termasuk di dalam larangan hadis ini.

Klik disini untuk mencetak