Masalah Wanita Yang Memeluk Agama Islam Telah Kembali Asal Dan Namanya Ditukar Kepada Nama Asalnya
Hukum wanita ini adalah murtad dan hendaklah disuruh Istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih juga tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh, tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini maka ianya tidak boleh dijalankan.
Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah orang itu hendaklah dipenjarakan hingga mati.
Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam, maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini.