Merokok
1. Merokok adalah haram.
2. Bagi maksud fatwa ini, “rokok” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut :
(i) Melahirkan sikap serta tabiat yang buruk.
(ii) Mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan.
(iii) Pembaziran yang amat ditegah oleh agama.
3. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.