JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Anak Tak Sah Taraf

Kategori: Munakahat
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 September 2005 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf dan memutuskan seperti berikut:


(a) Anak Tak Sah Taraf ialah :


(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.


(ii) Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada tamkin (setubuh)


(b) Anak tak sah taraf sama ada diikuti dengan perkahwinan pasangan itu atau tidak hendaklah dibinkan/dibintikan kepada “Abdullah”.


(c) Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku mengaku bapa kepada anak tersebut. Oleh itu tidak boleh pusaka-mempusakai dan tidak menjadi mahram antara keduanya.


(d) Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tak sah taraf atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut tidak boleh menjadi wali kepada anak tak sah taraf.


Tarikh Warta: 27 Oktober 2005

No. Warta: 22

Klik disini untuk mencetak