JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Masalah Perpecahan Orang Melayu

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.


2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Islam dan Rukun Iman. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam.Oleh itu sesiapa yang menganut, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.


3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.


 

 

Klik disini untuk mencetak