JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2004 yang bersidang pada 20 Disember 2004 telah membincangkan mengenai Pengawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa tugas sebagai Pengawai Perhubungan Pelanggan (GRO) adalah haram dan berdosa.


2. Bagi maksud fatwa ini, mana-mana wanita Islam adalah dilarang menjalankan tugas sebagai Pengawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut : 


(i) Pekerjaan tersebut melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh hukum syarak.

(ii) Mendedahkan aurat.

(iii) Pergaulan bebas antara mahram.


Tarikh Warta: 27 Oktober 2005

No. Warta: 22

Klik disini untuk mencetak