JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Peraduan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Berbentuk Judi

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 September 2005 telah membincangkan mengenai Peraduan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Berbentuk Judi dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa mana-mana orang Islam yang menyertai atau menganjurkan sebarang bentuk peraduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram dan berdosa.


2. Bagi maksud fatwa ini, bahawa peraduan yang dijalankan tersebut adalah tidak jelas dan mempunyai unsur-unsur perjudian yang bercanggah dengan hukum syarak.


Tarikh Warta: 27 Oktober 2005

No. Warta: 22

Klik disini untuk mencetak