JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Terhadap Hizbur Tahrir

Kategori: Akidah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Kajian Terhadap Hizbur Tahrir. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) Pegangan dan pandangan-pandangan Hizbur Tahrir seperti mengkafirkan sistem parlimen berdemokrasi adalah sesat kerana ia berlawanan dengan sistem politik di negara ini dan berpegang kepada pandangan-pandangan yang tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Mu'tazilah, Qadariyah dan Khawarij.


(ii) Pertubuhan dan kumpulan Hizbur Tahrir ini perlu disekat dan dilarang daripada menjalankan aktivitinya, serta orang Islam perlu mengelak diri daripada terlibat dengan kumpulan Hizbur Tahrir.


Klik disini untuk mencetak