JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tarian Bubu Mengalai

Kategori: Akidah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Tarian Bubu Mengalai” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


A. Umat Islam wajiblah menjauhi semua perkara khurafat dan syirik kerana perkara tersebut boleh merosakkan aqidah Islam.


B. Mengadakan upacara 'bubu mengalai' sempena Majlis keramaian melalui perantaraan dukun atau pawang dengan pembacaan mentera adalah ditegah di sisi Syarak kerana ia merupakan amalan bid"ah yang boleh membawa kepada khurafat dan syirik kepada Allah s.w.t.


C. Adapun upacara 'bubu mengalai' sempena majlis keramaian dengan pembacaan sesuatu surah daripada Al-Quran adalah tidak menepati dengan kehendak Syarak.


D. Namun, sekiranya ianya merupakan tarian semata-mata tanpa melibatkan perkara-perkara khurafat dan syirik, maka ia diharuskan selama mana tidak melanggar batas-batas Syarak.

Klik disini untuk mencetak