JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku " Horoscop Dan Primbon Wanita" Karangan Shanti

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri di bawah seksyen 8, Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 ( No. 7, Tahun 2004 ) adalah dengan ini disiarkan seperti berikut ;


A. Bahawa -


i. Buku yang bertajuk " Horoscop Dan Primbon Wanita" Karangan Shanti adalah mengandungi perkara-perkara yang menyalahi fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah dan fakta-fakta syarak serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.


B) Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan samada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walaubagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan , yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagao suatu alat menayangkan isikandung buku-buku di ( A ) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.


Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku di A di atas.

Klik disini untuk mencetak