JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Kewajipan Berzakat Ke Atas GLC

Kategori: Zakat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2006 telah bersidang pada 27 – 28 Jun 2006M / 01 – 02 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Kewajipan Berzakat Ke Atas Syarikat / Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Mana-mana syarikat samada milik kerajaan, swasta atau separuh kerajaan dan swasta yang beroperasi di negeri Sabah untuk tujuan perniagaan dan bukan untuk kepentingan umum, wajiblah membayar zakat di negeri ini seperti Petronas, Telekom dan seumpamanya.

Klik disini untuk mencetak