JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengharaman Buku Qadiani

Kategori: Akidah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Fatwa yang berikut yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah di bawah seksyen 8, Enakmen Fatwa Negeri Sabah, 2004


A. Bahawa :


i. Buku yang bertajuk 'Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku' yang ditulis oleh M. Zain Bin Hassan, didapati mengandungi perkara-perkara yang menyalahi fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyokong gerakan Qadiani. Kandungan buku ini juga mengandungi kata-kata penghinaan kepada Rasulullah S.A.W dan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengelirukan umat Islam di Negeri ini.


B. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan samada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walaubagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandung buku-buku di (A) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar:


Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isikandung buku-buku di (A) di atas'.

Klik disini untuk mencetak