JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2005 telah bersidang pada 12 – 14 September 2005M / 08 – 10 Sya’ban 1426H, bertempat di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle)”dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


1. Syarikat yang akan melakukan kitar semula buku-buku tersebut wajiblah dimiliki oleh orang Islam


2. Pekerja yang terlibat dari proses pengkitaran tersebut wajiblah terdiri daripada 100 % Islam.


3. Syarikat yang menjalankan proses pengkitaran semula tersebut wajiblah berdaftar dengan Lembaga Penapisan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dan tertakluk kepada Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1996.


4. Kerja-kerja pelupusan secara recycle tersebut hendaklah disaksikan oleh Pegawai atau kakitangan Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri


5. Kertas yang telah dikitar semula tersebut wajiblah digunakan untuk bahan tulisan atau perkara yang suci sahaja.

Klik disini untuk mencetak