JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyertaan Wanita-Wanita Islam Dalam Pertandingan Atau Peraduan Ratu Cantik

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1986
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

 Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Undang-undang Majlis di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977 telahpun disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977 sebagai berikut :-


"Bahawa penyertaan wanita-wanita Islam dalam pertandingan atau peraduan ratu cantik di mana-mana juga temasya adalah haram kerana pendedahan kecantikan wanita di hadapan lelaki yang bukan suaminya atau yang bukan muhrimnya."



Keputusan ini telah diwartakan pada 18 September 1986

Klik disini untuk mencetak