Larangan Wali Tahkim
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 sebagai berikut :-
"Pernikahan dengan menggunakan Wali Tahkim adalah dilarang setelah berkuatkuasanya pelantikan Wali Hakim".
Keputusan ini telah diwartakan pada 3 April 2003