JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelaburan Melalui Internet Seperti Empay /Swiss Cash Fund

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pelaburan Melalui Internet Seperti Em-Pay / Swiss Cash Fund” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


A) Sebarang pelaburan Internet atau sebagainya yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar Negara seperti Em-Pay, Swiss Cash Fund dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar.


B) Keuntungan atau bonus yang diperolehi dari pelaburan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal bagi membelanjakan untuk kemaslahatan umum


Oleh itu, umat Islam di larang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternative lain berdasarkan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam.


Klik disini untuk mencetak