JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Jenazah Yang Tidak Dikebumikan Tidak Menepati Arah Kiblat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Kedudukan Jenazah Yang Dikebumikan Tidak Menepati Arah Kiblat” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


A. Jenazah orang Islam wajiblah dihadapkan ke arah kiblat semasa pengkebumiannya.


B. Bagi Jenazah yang sudah dikebumikan dan tidak menepati arah kiblat, maka tanah perkuburan tersebut tidak perlu digali semula bagi membetulkan kedudukan jenazah ke arah kiblat yang sebenar.


C. Pihak berkuasa hendaklah meletakkan tanda arah kiblat di setiap tanah perkuburan Islam.

Klik disini untuk mencetak