JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Suntikan Kosmetik Botox

Kategori: Perubatan
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Suntikan Kosmetik Botox” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Penggunaan suntikan Botulium Toxin Type A untuk tujuan kosmetik adalah haram jika ;


1. Kandungan Botulium Toxin Type A tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber haram / meragukan dari segi syara' atau yang boleh membawa kemudharatan kepada manusia ; dan


2. Suntikan yang dilakukan bagi mendapatkan kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan (gharar) juga tidak diharuskan.

Klik disini untuk mencetak