JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Perkahwinan Seorang Muslimah Dengan Orang Bukan Islam

Kategori: Munakahat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2006 telah bersidang pada 14 – 16 Februari 2006M / 15 – 17 Muharam 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Perkahwinan Seorang Muslimah Dengan Orang Bukan Islam” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Perkahwinan di antara lelaki bukan Islam dengan perempuan muslimah adalah tidak sah dan batal. Di sisi Syarak lelaki bukan Islam tidak boleh berkahwin dengan wanita muslimah dan begitu juga sebaliknya.

Klik disini untuk mencetak