Lakaran / Tulisan Menyerupai Ayat Al-Quran, Nama Allah Dan Muhamad Di Mozek
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2005 telah bersidang pada 12 – 14 September 2005M / 08 – 10 Sya’ban 1426H, bertempat di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Lakaran / Tulisan Menyerupai Ayat Al-Quran, Nama Allah Dan Muhamad Di Mozek” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
1. Melakar nama-nama Allah, kalimah Rasul-Rasul-Nya atau petikan yang ada kaitan dengan syariat Islamiah di kertas, kayu, batu dan sebagainya adalah harus dan lakaran tersebut wajiblah dihormati serta diletakkan di tempat-tempat yang bersesuaian dengan Syarak
2. Lakaran kalimah Allah dan juga Rasul-Nya serta ayat-ayat Al-Quran di Jubin atau Mozek yang diletakkan di atas lantai untuk pejalan kaki atau di tempat-tempat yang tidak bersesuaian seperti di tandas, kelab-kelab malam dan yang seumpama dengannya adalah haram dan perbuatan tersebut adalah satu penghinaan dan merendahkan martarbat Islam.
3. Sekira pelakunya adalah orang Islam dan ia sengaja berbuat demikian dengan kerelaan dirinya sendiri, maka dengan serta merta ia terkeluar daripada agama Islam dan segala hukum Islam yang berkaitan dengan murtad terlaksana untuk dirinya.