Isu Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dan Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Isu Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dan Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menetapi adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas