JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku Awaluddin Makrifattullah Karangan Haji Muhammad Seman Al-Banjari Dan Buku Miftahus Syifa Karangan Ahmad Thoha Abdul Ghani

Kategori: Akidah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut:-


"A. Bahawa -

i. buku yang bertajuk "Awaluddin Makrifattullah" yang ditulis oleh Haji Muhammad Seman Al-Banjuri dan isi kandungannya; dan


ii. buku yang bertajuk "Miftahus Syifa" yang ditulis oleh Ahmad Thoha Abdul Ghani dan isi kandungan,


adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.


B. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandung buku-buku di (A) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.


Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku di (A) di atas".


Keputusan ini telah diwartakan pada 11 Disember 2003

Klik disini untuk mencetak