Pameran Jin, Hantu Dan Alam Ghaib Serta Yang Berkaitan Dengannya
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2007M / 11 – 12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pameran Jin, Hantu Dan Alam Ghaib Serta Yang Berkaitan Dengannya” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Pameran jin, hantu dan alam ghaib serta yang berkaitan dengannya adalah ditegah oleh Islam kerana ;
i. ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam;
ii. menimbulkan kekeliruan masyarkat Islam tentang alam ghaib ;
iii. membuka ruang pihak-pihak tertentu memanipulasi kepercayaan masyarakat tentang alam ghaib untuk mengaut keuntungan peribadi
iv. menyibukkan masyarakat Islam dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan melalaikan.