JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengebumian Jenazah Orang Islam Di Tanah Perkuburan Orang Bukan Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2005 telah bersidang pada 12 – 14 September 2005M / 08 – 10 Sya’ban 1426H, bertempat di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pengebumian Jenazah Orang Islam Di Tanah Perkuburan Orang Bukan Islam” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


1. Jenazah orang Islam wajiblah dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam.


2. Jenazah orang Islam yang telah disahkan status Islamnya dan telah dikebumikan di tanah perkuburan orang bukan Islam wajiblah digali semula dan diselenggarakan menurut hukum Syarak

Klik disini untuk mencetak