Membina patung atau repilka di sekitar jalan raya
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2006 telah bersidang pada 27 – 28 Jun 2006M / 01 – 02 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pembinaan Patung Dan Replika Di Sekitar Jalan Raya" dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Membina patung atau replika yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan di sekitar jalan raya dan seumpamanya adalah haram di sisi Syarak. Ini termasuk meletakkan patung-patung replika tersebut di sekitar tempat-tempat Ibadah orang Islam kerana boleh menganggu sensitiviti umat Islam dan mendorong melakukan sebarang perbuatan perbuatan khurafat dan perbuatan syirik kepada Allah S.W.T.