JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memperingati Hari Kekasih (Valentine’s Day)

Kategori: Akidah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2006 telah bersidang pada 14 – 16 Februari 2006M / 15 – 17 Muharam 1427H, bertempat di Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Memperingati Hari Kekasih (Valentine’s Day)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Amalan merayakan 'Valetine"s Day' adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam.

Klik disini untuk mencetak