menjual ayat-ayat suci Al-Quran oleh orang bukan Islam
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
"Penjualan dan pengedaran untuk maksud penjualan Ayat-ayat suci Al-Quran sama ada dalam bentuk mashaf, khat yang dijadikan hiasan, ukiran kayu, kaca atau apa-apa media serupa dengannya oleh orang bukan Islam adalah dilarang"
Keputusan ini telah diwartakan pada 11 Disember 2003