JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Solat Juma’at Pelajar Tahfiz Di Surau Pulau Besar Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2013 yang bersidang pada 12 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 23 April 2013 telah membincangkan mengenai Permohonan Solat Juma’at Pelajar Tahfiz Di Surau Pulau Besar Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

1. Membenarkan solat jumaat diadakan di Surau Pulau Besar Melaka untuk kemaslahatan pelajar tahfiz di pulau terbabit dan masyarakat di sekitarnya. Kebenaran tersebut diberikan berasaskan kepada faktor-faktor berikut :


  • Wujud kesulitan yang mendesak (masyaqqah) kepada pelajar, pekerja, masyarakat sekitar dan pengunjung Pulau Besar untuk menunaikan solat Juma’at di masjid yang terletak di tanah besar kerana melibatkan aspek keselamatan, kos, masa, keadaan cuaca dan pasang surut air.


  • Bilangan lelaki Islam yang memenuhi syarat wajib Jumaat termasuk pelajar tahfiz berkenaan di Pulau Besar melebihi 40 orang.


  • Menghidupkan syiar Islam di pulau tersebut dan menunaikan tuntutan agama supaya kaum lelaki Muslim berkumpul pada hari Jumaat setiap minggu untuk mendengar nasihat dan peringatan-peringatan agama yang disampaikan melalui khutbah.


  • Sebagai pendekatan dakwah dan usaha membanteras amalan khurafat yang sering berlaku di pulau tersebut melalui perhimpunan mingguan dan bacaan khutbah kepada jemaah yang hadir untuk memberi peringatan dan kesedaran.


2. Solat jumaat hendaklah didirikan berterusan pada setiap hari jumaat di surau tersebut meskipun jumlah jemaah kurang daripada 40 orang dengan bertaqlid kepada qawl dha’if (qawl qadim bagi Imam Syafi’e) iaitu sembahyang Jumaat adalah sah meskipun kurang daripada 40 orang, namun begitu sunat diiringi dengan sembahyang Zuhur.

Klik disini untuk mencetak