JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS Bersama Syarikat DIGI

Kategori: Zakat
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2013 yang bersidang pada 17 Sya’ban 1434H bersamaan 26 Jun 2013 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS Bersama Syarikat DIGI. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang ditawarkan oleh Syarikat Digi Telecommunications adalah harus dengan syarat syarikat tersebut hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) sebagai agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh yang dibenarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka.

 

Klik disini untuk mencetak