Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2013 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
- Hukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep Bai’ ‘Inah, Wadi’ah, Tawarruq, Ujrah atau Qardh atau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan
- Apa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sisitem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transakasi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat.
- Bersetuju keputusan ini diwartakan sebagai fatwa.