JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Gaji

Kategori: Zakat
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 telah memutuskan bahawa :


  1. Gaji, tunggakan gaji, pelbagai elaun dan lain-lain pendapatan yang berkaitan dengan pengajian setelah ditolak keperluan asas, pembiayaan kerja, hutang dan apa-apa pembiayaan yang menjadi sebab sebenar pembiayaan seseorang itu apabila cukup nisabnya adalah wajib dizakat.


  1. Nisab zakat gaji adalah sama dengan nisab zakat emas dan perak. Nisab zakat emas ialah 85 gram (25.2259 mayam) dan nisab zakat perak ialah 595 gram (176.5913 mayam)
Klik disini untuk mencetak