JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd)

Kategori: Akidah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 8 pada 6 September 2005M telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-


i. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, dan;


ii. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

Klik disini untuk mencetak