Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed Muhamad Al-Masyhor
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002 bersetuju menolak ajaran kumpulan ini kerana ajaran kumpulan Al Mas adalah menyeleweng dan sesat dari segi akidah dan syariat ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran ini. Walaupun ajaran ini masih berkembang di Semenanjung Malaysia.