JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Kategori: Zakat
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 7 pada 27 Jun 2002M bersetuju menerima kertas kerja dan memperakukan keputusan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan ini :


1. Harga zakat fitrah di seluruh Malaysia adalah berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri-negeri yang lain. Ini adalah disebabkan harga beras yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun kadar sukatan bagi menentukan berat beras adalah sama iaitu satu gantang Baghdad


2. Bahagian Penyelidikan JAKIM telah memperakukan beberapa kaedah dan garis panduan bagi penetapan harga zakat fitrah untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia iaitu :-


a. Kaedah Penentuan harga zakat fitrah menggunakan kadar sukatan gantang Baghdad

b. Beras Super Tempatan Gred A menjadi bahan asas yang akan digunakan untuk penentuan

c. Satu gantang Baghdad beras Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg

d. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri berdasarkan kepada harga semasa bagiberas Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg di negeri berkenaan



Klik disini untuk mencetak